Thursday, May 7, 2009

Kejam ke ibu..

Tak sampai hati rasanya tengok dia nangis tiap-tiap hari. Dia masih kecil, baru 18 bulan tapi dah kene tinggalkan dengan orang asing, takde kawan lagi...huhh..huhh..rasa nak nangis skrg ni.

Hari pertama di Taska dia excited sangat jalan sini sana, masa tu ibu tengah buat registration tapi bila time nak di serah kan pada teacher dia dah mula nangis tapi masih boleh di control. Muka nampak blur..Dlm pukul 2 ibu datang visit, dia tengah tidur..kesian dia tidur kesejukkan bawah kaki orang. Masa ibu dtg ambil dia, awal sikit dlm pukul 4 dia tengah menangis baru lepas basuh bontot. Takut agaknya selama ni sama ada nenek atau ibu aje yang basuhkan. Terus ibu masuk nak tengok dia, nampak aje ibu lagi kuat dia nangis minta peluk...sedih tu kene tinggal...(nak nangis masa tu rasanya)

Hari kedua di Taska pun sama, lepas teacher ambil tunjukkan balon dia diam kejab dari menangis, terus ibu lari keluar pergi keje. Tengok dia pukul 2 petang, hah..kali ni dah tidur di tilam sendiri, ibu bawa pagi ini, nampak lebih selesa dgn bantal busuk dia tu. Petang ibu ambil pukul lima, masa teacher tu pinpin tangan dia keluar pintu nampak aje muka ibu dia terus nak nangis happy sangat rasanya akhirnya 'my mom is here to get me'. Sempat bawa dia main2 kejap kat situ..happy sgt. Semalam dan hari ni, ibu singgah kejap kedai beli kan lolipop sebab Hairee dah jadi good boy.

Hari ketiga di Taska, we all dtg awal sikit dlm kul 9.30am..2 hari sebelum dtg lepas pukul 10 pagi, so ibu tak mau Hairee rasa terpinggir sebab asyik datang lambat. Masa sampai tu budak class dia umur 2 dan 3 tahun tengah breakfast. Dia nampak teacher dan kakak dah nangis kuat sangat, terpaksa ibu ikut pergi kitchen sebab Hairee tak mau lepaskan pelukan. Ku duduk kejab kat situ, dah surut nangis tapi kali ni dia dah tak mahu teacher walaupun di tunjukkan balon. Menangis kuatnya masa ibu tinggalkan dia. (Hairee jangan fikir ibu tak sayang Hairee ye sebab tinggalkan dgn stranger...huh..huh..ibu kene pergi keje sayang)..Balik tu masa ambil dia, dah pesan dgn teacher jgn bawa dia keluar sebab nak tengok apa dia buat. So, masa ibu tengok dia dlm bilik tengah main duduk diam aje tepi dinding, bila teacher panggil nama dia, dia terpinga-pinga terus pandang pintu. Bila dia nampak ibu, terus dia buang semua mainan tu bangun dan lari happy tapi mcm nak nangis (ibu rasa sedih sangat masa tu). Dia peluk ibu dan salam semua teacher, kakak dan bye-bye friends dgn happynya. Dalam hati dia agaknya apa dia fikirkan?

Hari keempat di Taska, hari ini lah. Masa nak sampai toll damansara/pj ibu terus cakap dgn Hairee ' Hairee stay with teacher, friends, kakak ye, you can play, study, dancing together..around 5 oclock ibu will come to take u' lepas dia dengar terus nangis minta dukung. Dia nak keluar dari carseat dia, dia buang kasut dia dan menangis aje. Masa nak sampai Taska tu, dia macam dah tahu lagi kuat dia nangis. Masa ibu dukung dia bawa masuk gate dia masih nangis, tak mau lepaskan pelukan...kakak dtg ambil dia lagi kuat dia nangis...

Kejam ke haku sebagai ibu...hati ini rasa nak menangis aje skrg sebab tak dpt nak tumpukan 100% kepada dia sebab haku kene keje. Boleh ke haku bertahan melihat dia menangis aje. Ramai kawan-kawan yang hantar anak ke tempat yang sama mengatakan 'it is just for temporary' tapi nak melalui saat-saat ini rasanya pedih sangat hati ini. Maafkan ibu ye sayang...sebab tinggalkan Hairee dgn stranger. Hairee kene be strong, independent, ibu harap Hairee faham kenapa ibu kene hantar Hairee ke Taska....:(

Sayang ibu pada Hairee tak pernah berubah walau sebesar kuman pun, ibu sayang sangat dgn Hairee. You are my no. 1 in my heart sayang..

14 comments:

zealvia said...

sedih plak aku bila ku baca coretan mu ini..Nis...Think Positive sooner or later kena gi sekolah gak...takper hairee smart boy..esok2 dia plak leader kat school tu. KO pun kena sabar dan tabah gak ye..kalo ko pon mendung je..hairee pon hujan lebat lah. kenalah selalu rock..yeyeahhhhhhhh...

LiAnA said...

nis... aku tak tau nak nasihat apa dgn ko kali ni.. sbb aku nanti pun akan lalui saat tu.. aku baca n3 ko nak menitik air mata aku.. tak tau mcm mana nak lepaskan anak kat dunia luar yg selama ni kita bwk dia kemana-mana aje kita pegi..aku harap ko kuatkan hati..

org ckp kalau nak bg anak paham bebetul luahan hati kita buat masa dia nak tido malam tu.. time dia hampir terlelap tu ko bisikkan luahan hati ko kat telinga dia.. moga dia paham 1 hari nanti kenapa ko buat mcm tu dengan dia..

zamarissa said...

hairee...xmo nangis2 dh sayang...kn best g skull, ade ramai kwn..leh study same2, main same2..tdo same2...ibu tgal kejap je nk g keje...hairee kan clever boy..x ensem tau kalu nangis2...(ku tulis dgn hrpn hairee bc ble dia dh bsr nti....ekekekek)...

kak nis...
be strong k...nti ble dia dh stat skull, lg mcm2 kita kna lalui kan...so skang sekurg2nye akak tau camne nk handle...pengalaman berharga tau kak...sabar n tabah yer...kuatkn ati..

babyluv_ayang said...

nis...insyallah takes times....kyra until now masih mengada2...heheheh...tapi fara keraskan gak ati...dun worry...nanti snap pics yek kat skull hairee....

MAKCIK REHAN said...

aku plak yg suspen..camanala si mencah masuk skul nanti agaknya. silap2, anak dia steady..mak nyer yg merembes lebih...

Nis & Hairee - be strong! fasa ini akan cepat berlalu....

eynda said...

Nis....dok tahan air mata je eynda baca ni...itu la pergorbanan.....hopefully satu hari hairee akan paham kenapa nis buat macam tu...

dianaibrahimali said...

sedeynya diana bc entry nis nih....nis kena tabah n kuat.....

W..A..H said...

Thank you friends for your support and courage.

Hati haku sebak bila nak melepaskan dia pergi sedangkan dia meronta-ronta tak mahu dilepaskan. Paling sayu bila masa ambil dia, kegembiraan dia jumpa ibunya sukar di gambarkan. Haku berharap pengalaman sedih ni tak lama..itu aje.

I'll only be blogging about him at Taska once he is happy there. Right now I don't even have the guts to hold a camera to take the pictures of him.

-iLLa- said...

huhh sedih tul cte akak nehh..mmm..dlm hujung thn nih selepas raya asenyaa illa pun kena anta adam&addin ke nursery..sbb bibik balik kg..

Kuacibunge said...

Nis

Sabar heh...dugaan ni tak semua ibu lalui, hairee pergi taska dah besar sebab tu take time nak adapt. Kalau dari baby mesti takde masalah...doalah semoga semua ok...

Honey D said...

kak, i've been thru this before and skg pun sama. blum masuk pintu childcare tu adam dah nangis cari2 and mintak dukung. bile balik keje nak amik dier, kite turun kete jek dier dah jerit2 happy panggil kite and hulur2 tangan dier mintak dukung.

klau ikut yg honey baca kat babycenter, every time hantar anak ke childcare, give a very quick kiss and goodbye pastu terus pegi and don't look back. kene tabahkan hati. mmg anak nangis tp as soon as kite hilang dari pandangan mata dier, dier akan senyap..

adex-aieda said...

kak nis...
sedeh plak tetibe baca n3 nih..
macam manalah eik agaknyer
masa adex hantar si kembar nih nanti...jan 2010...

be strong eik kak...
insyaallah kejap aje..

W..A..H said...

ila, kuaci, honey, adex..

thanks guys. Lepas baca motivation korang, rasa senang sikit..sampai skrg Hairee still reluctant to be there but nis dah kering hati sikit..terpaksa.

Mimie Hamdan said...

nis... menitik air mata tommy baca.. tommy alami benda yg sama... 1st time antar nursery masa umur nasirah 11 bulan... 2,3 hari tommy tokleh kerja... nangis jer kat opis igt kat dia... mmg amik masa yg sgt lama... tapi, insyaAllah... kita bukan berpoya2 kan... kita pergi kerja.. untuk saper... untuk anak kita jgk... bila kita kuat hati... insyaAllah, anak kita pun kuat... u can do it my fren!!