Kerana isu pengunaan Allah untuk agama lain tu..perlu ke sebagai umat islam yang waras memberontak sehingga membakar gereja? Perlu ke membuat perkara yang memalukan begini? Bukankan kita sebagai umat islam di ajar cara untuk bersabar, bertimbang rasa dan menggunakan akal untuk bertindak bukan menggunakan nafsu semata-mata.
Sedih rasanya...aku bukan lah seorang umat islam yang perfect, hijab pun tak pakai lagi, sembahyang pun kadangkala tertinggal waktu tapi aku masih tahu sedikit sebanyak isi kandungan Al-Quran yang mana Allah s.w.t. tidak pernah menyuruh kita menggunakan kekerasan. Islam adalah agama yang suci dan adil, jangan lah kerana isu penggunaan Allah, perlu ada sikap cetek sehingga perlu membakar gereja untuk mengambarkan keislaman kita. Ini bukan ajaran agama islam, ini lebih kepada ajaran untuk mempuak-puakkan perkauman.
1 week ago
9 comments:
sangat setuju..mengeruhkan keadaan sahaja ...tue namanya pemikiran sempit...bagaimana plak kalo masjid kita jd mangsa
ini dinamakan mengikut nafsu dan bkn mengikut akal.. mereka buat begini seolah2 menunjukkn kemarahan yang melampau.. yer sape tak marahkan org bkn islam permainkan nama ALLAH..
hmm tanda-tanda akhir zaman..
pekara mcm ni yg boleh org luar anggap org islam ni pengganas :(
Sy pun x suka.. taksub sgt pemikiran diorg ni... bakar sana ini... oh yer, bukan agama jer, kalah bola kerusi pun nak dibakar..hehe
betul sis...
ina pon bukan la baik sgt..
tp klau ikut rasional pun....x bagus buat gitu....huhuh...semua ni memburukkan nama Islam je......patut sebagai umat islam tunjukkan la teladan yg baik...hurrrmmm....
ku tak berani nak komen kat opis ni pon pura2 mcm tak de issue je..tp ku tau diorang dok citer sesama sendrik.
Harap takde yg tersinggung dgn tajuk ini. Ini hanyalah luahan hati sy semata2. setiap orang mempunyai pendapat masing2 kan.
golongan mcm gini lah yg selalu merosakkan nama islam tu....
mungkin bukan org islam yg bakar...siapa tahu kan?
itu lah neisya..i pun ada bersangka gitu. harap2 bukan muslim yang buat.
Post a Comment